Tun Teja Ratna Benggala atau Tun Teja merupakan anak tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Syah, yang merupakan Sultan Pahang ke-3. Dan pada masa tersebut ia adalah zaman yang sama dengan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka ke-8.
Wajah yang dikatakan seperti Tun Teja.
Kecantikan Tun Teja menjadi perbualan rakyat jelata hingga perkhabaran
ini sampai ke pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang kebetulan baru sahaja
kemangkatan isteri pertama yang dikasihinya Tun Kecil. Watak Tun Teja
telah mencatatkan sejarah unik hingga ia dibukukan dalam 2 Hikayat
Melayu lama; iaitu Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Namun watak
'memperdayakan' Tun Teja hingga dimiliki Sultan Melaka adalah berlainan
dalam Hikayat Hang Tuah pastinya Hang Tuah bertemu Tun Teja tetapi dalam
Sejarah Melayu ialah Hang Nadim..
Siapa pun watak yang mendampingi Tun Teja bukan menjadi tumpuan bagi Wira tetapi ingin Wira ketengahkan bahawa DUN Merlimau kali ini akan menyajikan Lagenda Tun Teja yang bersemadi di 24 km daripada Bandar Melaka... Al- Fatihah....

Tidak ada komentar:
Posting Komentar